Work Text:
Dia cantik. Pipi gebu bak mochi, dengan dua tahi lalat kecil di bawah mata yang seakan-akan diletakkan khusus untuk memaniskan wajah itu. Rambut hitamnya pendek dan tampak lembut; selembut rambut dalam iklan Sunsilk yang menutupi sebahagian pandangannya, seolah-olah dunia hanya ingin diperlihatkan kepadanya secara samar-samar.
Segalanya bermula dengan satu pertemuan yang tidak terjangka di sebuah pondok menunggu bas. Hujan turun dengan lebat, membasahi bumi tanpa belas. Kang Seongjun tidak pernah menyangka wujud manusia yang seindah itu. Matanya membulat memandang sosok di hadapannya—seperti rusa yang terperangkap dalam cahaya.
Park Gyujin.
Manusia yang entah bagaimana berjaya mencuri perhatiannya. Sedangkan Park Gyujin hanyalah seorang budak lelaki biasa. Tidak menonjol dalam apa-apa perkara dekat sekolah pun —sukan, akademik, mahupun kokurikulum. Tidak ada apa yang istimewa, kecuali sifatnya yang pendiam dan antisosial. Mungkin itulah yang membuatkan Seongjun terdorong untuk berlaku khianat terhadap anak penjual tteokbokki itu.
Mungkin. Bahkan Seongjun sendiri tidak percaya dengan alasan yang diciptanya. Dia suka—dan puas—melihat ‘Fuck-gyu’ merintih kesakitan, tertunduk dalam ketakutan ketika diperlakukan oleh yang lain. Namun, mengapa harus Gyujin?
Dia pernah membuli budak-budak lain sebelum ini, tetapi dengan Gyujin… ada sesuatu yang berbeza. Ada kelembutan yang tidak mampu disembunyikan, walau di hadapan orang lain. Kalau boleh, Seongjun ingin mengusap lembut rambut Gyujin. Mengecup dua bintik hitam di wajah itu, setiap hari tanpa tinggal walau sehari seperti 'streak' dekat TikTok. Hanya dia—hanya Kang Seongjun—yang dibenarkan untuk berbuat demikian.Namun semua itu hanya sekadar angan-angan mak Jenin. Mimpi kosong yang mungkin tidak akan pernah tercapai.
“Yah, fuckgyu. Move.” Seongjun duduk di sebelah Gyujin. Dalam banyak-banyak tempat kosong, di situ juga dia memilih untuk duduk. Sedangkan pondok itu hanya dihuni mereka berdua. Gyujin kembali menunduk dan beralih ke kiri, menjauh daripadanya.
Ouch. Sampai hatimu, fuckgyu melakukan Kang Seongjun sebegini.
Seongjun berdehem, cuba menyembunyikan rasa malunya. Suasana kembali hening, hanya ditemani deruan angin dan bunyi hujan yang masih setia membasahi petang.
“Waiting for your mommy, freak? Such a momma boy you are, fuckgyu.”
Nada suaranya sinis. Kasar. Seperti biasa. Rasa bersalah menyelinap ke dasar hatinya, namun tiada sepatah kata maaf pun terluah. Gyujin tetap diam, matanya tertancap ke lantai. Seongjun tahu—dia tidak layak menerima apa-apa balasan yang baik daripada manusia secantik malaikat di hadapannya ini. Namun, fikirannya juga tidak sanggup menerima kemungkinan bahawa Park Gyujin tidak ingin lagi memandangnya.
“Asshole, look at me when I’m talking to you.” Seongjun bergerak mendekat, merapatkan jarak sehingga bahu mereka hampir bersentuhan. Dia dapat melihat perubahan pada wajah Gyujin—cuak, pucat. Tidak pernah sekali pun bibir itu tersenyum ceria ke arahnya. Tak pernah. Gyujin membuka mulut dan menjawab perlahan, matanya silih berganti memandang Seongjun dan lantai.
“I’m… waiting for the bus, Seongjun.” Seongjun menyeringai. Akhirnya, dia mendengar suara Park Gyujin. Comel, bisiknya dalam hati.
“Huh. Well, poor people like you of course have to use that shit.” Hening kembali menyelubungi mereka. Awkward. Seongjun berpura-pura batuk dan menghalakan pandangannya ke depan semula. Gyujin diam, menunggu hujan berhenti dan bas yang kunjung tidak kunjung tiba, dia ingin segera pergi, jauh dari lelaki yang membawa sial dalam hidupnya. Seongjun pula menunggu kereta ayahnya, berharap agar Pakcik Lee tiba lebih lambat. Biarlah dia punya sedikit lagi masa bersama penakluk hatinya.
Tidak sampai setengah jam, Seongjun mencapai telefon bimbitnya dan mula menaip. Gyujin enggan ambil peduli. 'Out of sight, out of mind' ujar Gyujin dalam hati, seronok dapat guna ayat Maddie dalam Euphoria dalam situasi sebegini.
Lagu firasat oleh Marcell Siahaan mula berkumandang, memenuhi segenap ruang pondok itu. Seongjun menghembuskan nafas dan bersandar di kerusi. Matanya melirik ke arah orang sebelah yang juga kelihatan tenang mendengar lagu yang diputarkan oleh Seongjun. Dia tersenyum kecil. Park Gyujin tidak pernah selesa jika dirinya berada berdekatan—namun saat ini terasa berbeza bagi Kang Seongjun.
Ku percaya alam pun berbahasa
Ada makna di balik semua pertanda
Firasat ini
Rasa rindukah ataukah tanda bayang?
“It’s good, right?” tanyanya dengan lembut. Gyujin mengangguk kecil, menoleh sekilas sebelum kembali memandang jalan. Petang yang dingin itu terasa seolah-olah masa berhenti bergerak. Bagi Seongjun, inilah nikmat dunia yang tidak akan dia dustakan. Namun segalanya terhenti apabila hujan mula reda dan bas yang ditunggu Gyujin akhirnya tiba.
Mata Seongjun tajam memerhatikan si kancil comel yang lari darinya selamat duduk di salah satu kerusi yang berdekatan dengan tingkap. Gyujin menoleh dan melambai kecil ke arahnya. Seongjun terpana. Matanya tidak berkedip dan tidaklah pula dia membalas lambaian tersebut sehingga bas telah pergi barulah dia tersedar bagaikan orang yang tersadung batu.
Tangan Seongjun naik mengusap wajahnya yang mula memerah menahan malu. Tak pernah dijangka olehnya Gyujin mampu bertingkah lucu dan secomel itu padanya. Kepada Seongjun dan bukan kepada lelaki lain.
Seongjun tersengih bahagia macam kerang busuk. Walaupun kereta pakcik Lee dah tiba dan dinaiki, senyuman tak lekang dari bibir pemuda itu.Esok, dia akan mencari peluang lagi. Mungkin dia mampu berubah. Mungkin esok akan ada sinarnya.
Dan Kang Seongjun akan mengejar takdir yang—entah bagaimana—telah memilih Park Gyujin.
