Chapter 1: kopi americano.
Notes:
Tohsaka Rin is Tohsaka Rin (name change might happen to fit in the fate/album AU)
Emiya Shiro Archer -- Eariq Shiraz bin Eariq Khaizuran. Abang kembar. Bang long. Tua 12 minit.
Emiya Shiro Archer Blackened Servant (FGO: First Order movie) a.k.a Kuromiya -- Eariq Syiddiq bin Eariq Khaizuran. Adik kembar. Dek long. Muda 12 minit.
Emiya Shiro Archer Alter a.k.a Altemiya -- Eariq Syaqir bin Eariq Khaizuran. Angah.
Emiya Shiro -- Eiyad Shiraz bin Eariq Khaizuran. Adik.
Chapter Text
Ding dong!
"Delivery!"
"Oh!"
Rin bergegas menyikat rambutnya dan keluar dari bilik mandi. Rambutnya disimpul dan ditarik sebelum digulung dan diletak kemas di sebelah bahu. Minumannya dah sampai! Rin kena cepat! Laju sahaja dia menuruni tangga dan menggegaskan diri ke pintu depan.
Pintu dibuka dan senyuman manis diukir kepada rider Grab sebelum duit dan beg kertas mula bertukar tangan.
"Terima kasih!"
Selepas pintu ditutup, Rin meletakkan beg kertas tersebut di atas meja dan segera mengambil minuman tersebut. Namun rasa panas yang menyentuh kulit tangannya membuatkan Rin terperanjat.
"Aah!" Jari-jemarinya ditiup-tiup. Kenapa panas? Rasanya dia pesan minuman sejuk, bukannya panas.
Dari sepintas lihat sahaja Rin tahu, ini bukan pesanan minumannya. Resit yang melekat di cawan tersebut ditanggalkan dan dibaca.
Kopi Americano.
Archer E.
"Hhhngghgh!!" rungutnya. Inilah sebab Rin tidak suka memesan online, selain dari layout pesanan yang dirasakan agak rumit untuk difahami dan proses pembayarannya yang sesukar mengharung Air Terjun Niagara, Rin sudah mengagak perkara sebegini akan berlaku. Padahal dia sudah belajar dari Yukika dan memeriksa pesanannya sebanyak sepuluh kali sebelum menekan butang 'confirm'.
Rin mengangkat cawan tersebut. Ditenungnya minuman tu dengan hati yang tidak puas.
Ah! Apa patut dia buat sekarang?
----------
"... jadi sekarang ni passion fruit tea tu tak sampai pun kat saya! Yang saya dapat ni kopi!" Rin membebel kecewa. Yukika di hujung talian mendengar dengan simpati. “Saya bukan tak suka kopi, tapi saya jarang minum kopi!”
"Biasanya dorang akan tulis nama pemesan di cawan tu. Cuba tengok jap. Ada tak?" Soalnya.
"Hmm, ada. Archer E. Memang ni trend sekarang ye? Tulis nama dekat cawan?"
"Ha'ah. Mungkin sebab lagi senang nak cari siapa yang order minuman tu. Ingat tak dulu kita pernah try ke Starbop sama-sama?"
Rin ingat. Waktu itu cuti pertengahan penggal sekolah baru bermula dan mereka tidak sabar mahu meluangkan masa untuk berseronok sepanjang hari. Atas cadangan Kaede, mereka berempat menyinggah ke kedai minuman tersebut dan cuba memesan. Pelayan tersebut meminta nama dan Rin dengan yakin menyebut nama penuh pemberian mendiang ibunya: Tohsaka Rin. Nampaknya kedai-kedai kopi yang lain pun sudah mula melakukan perkara yang sama.
Rin menjeling ke kopi yang masih berada di atas meja makan.
"Awak kenal tak siapa tu?"
"Hm? Archer E... sorry, saya tak kenal sesiapa nama Archer. Mungkin itu nickname?"
"Huh? Nickname? Awak boleh bagi nickname?"
"Boleh. Saya pernah cuba haritu. Dorang okey je."
"Awak bagi nama apa?"
"Yuchika," Yukika kemudian tertawa. Rin hampir ikut serta. Nama tu agak cute.
"Saya pun tak kenal siapa ni."
"Awak dah call kedai tu?"
"Huh?"
"Kan dia salah bagi order awak, apa kata awak call dan bagitau problem awak. Mana tahu dorang boleh tolong dan tukarkan?"
Ya tak ya juga, Rin menggetus.
"Awak dapat kopi orang lain, kan? Nanti sejuk pula. Kesian Archer tu. Ah, atau saya boleh tolong kalau awak nak."
"Hmm takpelah. Saya dah banyak susahkan awak, saya rasa saya boleh buat sendiri. Saya kena call je kan kedai tu?"
Rin kena belanja Yukika lain kali sebab dah ajar dia benda-benda baru begini. Ahli magus ortodoks sepertinya mana faham hal-hal berkaitan dengan teknologi!
Chapter 2: passion fruit tea.
Chapter Text
Ding dong!
Eariq Shiraz a.k.a Archer segera menutup pintu balkoni dan berjalan menuju ke pintu hadapan. Apabila pintu dikuak, dia mendapati Lancer berada di situ, tersengih sambil memegang beg kertas. Jaket hijau yang disarungnya menunjuk ke arah satu maksud.
"Kerja rider eh, sekarang?" Duit mulai bertukar tangan. Lancer menyua beg kertas ke tangan Archer.
"A'ah."
"Haritu kat fish market. Lepas tu kat kedai florist."
"A'ah. Cepatlah ambil. Aku nak gerak ni."
“Amboi,”
Archer menyambut beg tersebut dan membukanya untuk memberikan sekilas pandang. Namanya yang dicari, tapi nama orang lain yang dilihat.
"Kejap, Cu!"
Sang rider sudah menghilang dengan motornya sekali. Archer mengeluh. Pintu ditutup dan minuman itu diperiksa dengan lebih dekat.
Nah, sejuk. Yang diharap panas, sejuk yang dia dapat. Archer membaca resit yang tertampal di beg tersebut. Passion fruit tea with additional: grass jelly.
Kopi yang dipesan, yang sampainya teh buah dan cincau. Hm. Terpaksalah ditelefon kedainya supaya mereka tahu. Archer mengangkat gelas minuman tersebut.
Nama yang tertulis di situ berhasil menahan nafasnya.
Tohsaka Rin.
----------
"__ Anfang."
Topi dipakai, kasut sudah tersarung, sihir pemanas sudah siap dipasang dan ditempel ke minuman tersebut. Selepas mengunci pagar rumah, Rin mula berjalan dengan pantas sambil menuntun beg berisi kopi tersebut.
Dia sudah membuat panggilan dan menjelaskan masalah yang sedang dihadapinya. Kedai minuman tersebut dengan baik hati telah memaklumkan kepadanya bahawa tuan punya kopi tersebut tinggal berdekatan dengan kawasan pekan Miyama dan mencadangkan agar mereka berdua bertemu dan meluruskan keadaan yang Rin rasakan tidak sepatutnya berlaku dari awal. Ah, apa boleh buat. Tak ada gunanya nak salahkan sesiapa sekarang ni (jauh dalam sudut hatinya, Rin sempat menyumpah Grab rider yang tidak becus dalam menjalankan tugas).
“Haih, macam-macam hal…”
Tapi dapat 10 kupon minuman, free-of-charge. Hasil negotiation (dibaca: ugutan) yang berjaya dikaut.
Rin mendongak, pandangannya disapa oleh lautan indah bersebelahan bandar Fuyuki. Sekurang-kurangnya cuaca hari ni baik. Elok untuk jalan-jalan.
Aku pastikan dia cakap terima kasih, Rin sempat mendengus dalam hati. Dah kira baik dah aku ni tolong panaskan nak hantarkan segala!
----------
Archer menghela nafas dan mengeluh ringan.
Kalau ikutkan hati, Archer mahu jadikan adiknya sebagai tumbal dan menghantarnya untuk menebus kembali kopinya yang boleh-boleh tersesat jauh ke rumah perempuan tersebut. Tapi Shiro menggeleng laju dan menghilang. Kuromiya, adik kembarnya juga enggan. Ada projek geografi katanya.
[15 minit yang lepas…]
"Geografi? Kau tu course chemical engineering! Geografi apa?"
"Bukan akulah. Aku tolong Shiro!"
“Sejak bila budak law study geografi??”
“Shiro tolong Setanta. Ha tu kau tanya dia, jangan tanya aku.”
"Tsk."
"Kenapa, long? Takat jumpa orang yang tertukar kopi je pun. Bukan jumpa awek kan? Kaaan?" usiknya dengan sengih busuk.
Mendengar pertanyaan tersebut, Archer membuang pandang ke halaman rumah, ke arah stokin-stokin dan baju-baju t-shirt yang bergantungan di ampaian. Sengih Kuromiya terus menghilang dan matanya meluas.
"Long. Serious ah. Bukan dia kan?"
Archer tidak menjawab. Ditenungnya adik kembarnya selama beberapa saat sebelum melepaskan nafas berat. Mahu tak mahu, dia menganggukkan kepala.
"Tak. Tak! Tak nak!” si adik kembar menggeleng laju sambil mengundurkan diri. “Sorry, long. Aku tak nak terlibat dalam problem kau."
"Dik-"
Laju dia membuka langkah dan menghilang ke dalam rumah. Archer mengeluh dan meraup wajah. Sabar. Sabar.
"Bukan problem kau konon..."
Ini komedi terburuk yang dia terpaksa hadapi setelah apa yang berlaku di antara mereka yang menyebabkan dia terpisah selama tujuh tahun dari Tohsaka Rin.
Chapter Text
"Archer?"
Archer tersentak dari lamunannya dan menoleh ke arah suara tersebut.
"Ri-"
Bukan. Di depannya sekarang kawan sejawatnya, Sasaki Kojiro.
"Oh, Sasaki. Jalan-jalan?"
"Ya. Kau buat apa sini?"
"Tunggu orang."
Mereka berdua berborak sebentar. Archer menarik nafas lega. Gemuruh dalam hatinya sedikit berkurang. Nervous apa, dia pun tak tahu sebenarnya. Nervous berjumpa dengan wanita yang dia pernah berbagi perasan saat dirinya masih beruniform sekolah.
Tak. Bukan itu.
Lebih kepada takut kerana perpisahan mereka bukanlah perpisahan yang baik. Archer tidak mempunyai sesiapa untuk disalahkan melainkan dirinya sendiri yang membiarkan emosi mengendalikan keadaan pada waktu itu. Kalaulah dia berfikir dahulu sebelum bertindak melulu-
"Archer?” suara lain memanggilnya. Kali ini dari belakang. Bayangan kesilapan masa silamnya lenyap dari pemikiran sekelip mata.
"Ya sa-" sahutnya.
Badannya dipusing dan matanya bertemu dengan sepasang mata biru yang amat dikenali.
"Saya."
----------
Rin memandangnya dari atas ke bawah. Dah lama dia tak berjumpa dengan lelaki ni, tapi dia tidak sangka yang dia akan banyak berubah. Kemudian, Rin memaksa bibirnya mengukir segaris senyuman cukup gula.
Tone kena natural, jangan over sangat. Rin sempat memeriksa suaranya.
"Apa awak buat sini?" Okay, perfectttt!
"Ambil minuman saya yang tertukar dengan orang lain."
"O-oh. What a coincidence. Saya pun!"
Suaranya tidak sepatutnya setinggi begitu! Rin hanya mampu mengetuk diri sendiri dalam mindanya.
Bongoklah Rin, macam mana kau boleh lupa yang Archer tu dia? Eariq Shiraz?? Padahal dia juga yang mula mempopularkan gelaran tu dari zaman sekolah. Sampai sekolah sukan sebelah tu pun mula kenal dan memanggil lelaki itu sebagai Archer, bukan Eariq Shiraz.
Archer menatap wajah gadis di hadapannya dengan fikiran yang berkecamuk. Wajahnya tenang, namun hatinya dihempas ombak perasaan bertalu-talu. Sungguh, bukan ini yang dia bayangkan BAKAL berlaku kalau mereka berdua diberi kesempatan untuk bertemu sekali lagi dalam kehidupan ini. Namun dia tahan. Diserunya kekuatan entah dari mana agar kakinya berdiri utuh. Kalau dia jatuh melutut depan Tohsaka Rin sekarang, Archer sudah sedia untuk speed-dial Altemiya untuk datang dan menggali lubang kubur khas untuknya. Biar dia boleh masuk dan bersembunyi selama-lamanya.
Malu tujuh keturunan!
Tu belum masuk kena bahan oleh Kuromiya! Memang sampai ke tualah adik serahim seuri sedarah setali pusatnya tu akan ungkit bagaimana seorang Eariq Shiraz, si atlet pemanah handal yang poyo, yang terkenal macho, nonchalant, cemerlang, gemilang, terbilang seantero negeri jatuh melutut depan seorang Tohsaka Rin yang tidak kalah dengan reputasinya sebagai satu-satunya pewaris terulung keluarga Tohsaka yang menitah tanah putih Fuyuki selama berdekad-dekad.
Jauh dalam sudut hatinya, Archer rindu. Rindu bertegur sapa dengan Rin. Rindu menyakat Rin sampai perempuan tu marah, dengan hujung rambutnya mendadak naik bagai kucing diusik. Rindu dengan kemesraan antara mereka yang pernah dirasai tanpa dibatas segan silu.
Suara berdehem dari Rin memecah lamunan. Perempuan dihadapannya itu memandangnya kehairanan.
“Helooo? Eariq Shiraz, awak mengelamun ke?” Tangannya dilambai depan muka.
Eariq Shiraz, awak mengelamun ke?
Ah… jadi hubungan mereka dah jatuh seteruk itu? Dulu, Rin selalu memanggilnya Archer. Sampai satu sekolah ikut panggil dia Archer juga. Bukan setakat mereka, kawan-kawan lama di sekolah sukan bersebelahan mereka pun mengenalinya dengan nama gelaran tersebut.
“Maaf, saya… tak berniat. Cuma teringat sesuatu.” Teringat masa lalu dan luka lama, dah jadi hobi dia sekarang. Kalau hobi tu boleh bawa duit, dah lama Archer kaya-raya. “Passion fruit tea with additional jelly grass. Awak punya ke?” Beg kertas tersebut diangkat.
Rin terlihat girang. Beg kertas di tangannya juga ditunjuk. “Kopi Americano. Mesti awak punya kan?”
Beg bertukar tangan. Mereka mula memeriksa minuman masing-masing.
“Tak sangka pula awak pandai minum kopi sekarang,” ujar Rin.
“Ya, masa diploma dulu saya mula minum kopi. Study malam-malam, cepat ngantuk,” terang Archer. “Awak pula? Bukannya awak tak pandang ke minuman teh begini?”
Rin mengerut. “Apa maksud awak? Saya nak cuba-cuba je minuman baru, apa salahnya?”
Disebabkan Rin lahir dalam keluarga Tohsaka, pembawaannya banyak dipengaruhi oleh gaya hidup yang kelihatan sederhana tetapi agak berada. Old money, kata orang. Hidup quiet luxury tersebut sedikit sebanyak membuatkan gadis itu mempunyai selera yang boleh dikatakan agak sophisticated. Teh yang datang dari uncang begini, yang sudah dicampur sedia dengan gula putih, manalah dipandang oleh orang seperti Rin. Archer ingat. Mana taknya, dialah tukang membancuh teh tak bertauliah untuk perempuan itu hampir setiap hari masa sekolah menengah dulu.
Perwatakannya yang santun, elegan dan anggun membuatkan dia dikagumi ramai di sekolah teknik tersebut, jadi tidak hairanlah ramai yang tidak tahu Rin Tohsaka ni seorang yang tidak suka bangun pagi dan jarang bersarapan. Dalam usahanya memastikan perempuan itu makan pagi, Archer harus volunteer untuk menjadi tea sommelier tak berbayar.
“Tak salah pun. Saya cakap je,” Archer membalas, tangannya automatik menyentuh belakang leher.
----------
Jauh dalam sudut hati sang Adam tersebut, dia mahu perbualan ini berterusan tanpa henti, mengalir dari pangkalnya tanpa diganggu walaupun pada dasarnya, Archer tahu tujuan mereka berdua sudah selesai.
Siapa sangka kopi dan teh menemukan mereka berdua?
Takdir sememangnya suatu perkara yang aneh.
Notes:
persetan writer's block! AAARGHH!!! I'm trying to combat it coz I got stuck writing Letters from Higashi.
anyway, did i do a good job writing archer's yearning for rin? because as i quoted from myself months ago:
"Dead men don't yearn. Yet he did."
they'll meet again don't worry.
Chapter Text
Dia masih dia. Mungkin tak semuanya berubah. Mungkin dia tak sepenuhnya berubah.
Dia masih suka mengusik. Dia masih suka pakai baju hitam walaupun cuaca tengah terik kat luar. Dia masih suka mengusap belakang lehernya kalau dia nervous.
Dia belum minta maaf, ingat?
Rin menghela nafas dan kesekian kalinya menarik senyuman manis. Passion fruit tea dah pulang ke tangannya. Tujuannya sudah selesai. Tiada sebab untuk dia stay dengan lelaki ni. Dah boleh balik ke rumah dan menikmati teh buahnya. Tapi tipulah. Tipulah kalau Rin cakap dia tak rindu nak bercakap dengan Archer. Tipulah kalau Rin cakap dia sudah lupa dengan familiarity yang dia telah bina bertahun-tahun dengan lelaki bernama Eariq Shiraz itu. Dan tipulah, kalau Rin cakap yang dia sudah putus harapan dengan sang Adam tersebut. Tohsaka Rin bukan penipu.
Rin rindukan Archer. Itu kenyataan yang sangat pahit untuk ditelan.
Pedih dalam hatinya kembali seakan tujuh tahun sebelum ni tiada erti, nol fungsi. Seakan kehadiran Archer di situ sama seperti menoreh luka lama. Seakan tujuh tahun antara mereka tidak mengubat sedikit pun luka yang Rin telah butakan mata dan anggap boleh sembuh sendiri. Tiada asbab untuk dia berlama-lama di sini. Baiklah. Masa untuk balik rumah.
“Enjoy your coffee~. Saya balik dulu, ya?” Rin memusingkan tubuh untuk berlalu pergi.
“Rin.” Archer bersuara. Tidak keras. Tiada paksa. Tetapi ianya membuatkan gadis itu terhenti dalam langkahnya.
“Saya hantar awak balik,”
Rin dapat merasakan lelaki itu mendekat. Rin mula menjauh, tapi dia tidak mahu Archer nampak dia tidak selesa. Jadi dia kembali menghadap lelaki itu dan menggeleng.
“Tak perlulah. Menyusahkan pula.”
“Rin,” kata Archer lagi. “Saya tolong hantar awak balik.”
“Shiraz, rumah saya dekat sini je-”
“- sebagai terima kasih sebab tolong hantarkan balik minuman ni kat saya,” kali ini terdapat ketegasan dalam suara Archer, sebelum ianya memudar. “Dan sebagai terima kasih kerana buatkan kopi saya kekal panas. I still like that neat little trick you always did.”
Mata mereka bertemu. Pirau menyapa nila, meresahkan sang puan.
Lidah Rin kelu sebentar.
Dia masih ingat, ya?
Nothing ever escapes you. He's too damn observant then, and he's still too damn observant now. Detik ini pun, pandangan matanya seolah-olah menembusi setiap inci perlindungan Rin, membuatkan dia gelisah.
Dia boleh je cakap “tidak” sebenarnya, tetapi…
Mata piraunya tidak berganjak langsung. Lelaki itu memang berniat mahu menghantarnya pulang.
“Ikut suka awaklah,” Rin mengeluarkan kata putus. Tanpa berlengah lagi, dia mengorak langkah.
Rin tidak menoleh untuk memeriksa kalau Archer benar-benar mahu menghantarnya pulang, tetapi dia dapat dengar bunyi tapak kasut yang menderap perlahan lima langkah di belakangnya.
Jantungnya berdetak hebat dan Rin cuba sedaya upaya untuk bertenang.
__
Dia masih dia. Masih dengan perangainya yang sukar untuk berkata jujur. Kalau fasal melibatkan perasaan, gadis itu nombor satu dalam mengelak.
Mengata orang paku serpih~, out of nowhere Archer dapat mendengar suara Altemiya menyindir, mengata orang, sendiri yang lebih.
Diamlah, angah!
Hakikatnya dia lebih teruk dari Rin kalau menyentuh tentang kejujuran.
Archer memerhatikan gerak langkah Rin, dari kaki jenjangnya yang tidak berhenti menapak ke hadapan dan rambut hitamnya yang terurai melepasi pertengahan belakang dan berkilau cantik. Jadi dia masih tinggal di rumah agam atas bukit tersebut. Archer dan adik-beradiknya berada di Fuyuki kerana cuti semester yang akan berlangsung selama empat minggu. Jarang cuti mereka bertiga dapat sync bersama macam ni, jadi mereka bercadang untuk pulang ke rumah mereka.
Apabila Shiro memaklumkan di group Whatsapp famili bahawa dia juga akan pulang ke Fuyuki untuk cuti sem, kata sepakat tersebut automatik tercapai: the Emiyas are coming home. Archer lupa satu hal: Shiro belajar di London sebab dia ikut Rin. Jadi Rin pun akan pulang dengannya.
Rin membelok ke satu simpang. Archer tersedar dari lamunan. Mereka sudah sampai.
Tiba di pagar rumah, Rin membisikkan beberapa kalimah di mangga pagar tersebut sebelum membukanya. Archer dengan sabar menunggu Rin.
“Terima kasih hantarkan saya pulang,” katanya dengan nada yang sangat perlahan, Archer hampir tak dapat menangkap.
“Takde hal. Kirim salam ayah awak, Rin.”
Rin masih tidak mahu memandangnya, hanya menganggukkan kepala. Dia berjalan ke pintu hadapan.
“Jumpa lagi, Rin.”
Yang membalasnya hanyalah bunyi pintu yang ditutup rapat.
__
Sebaik sahaja dia mengeluarkan passion fruit tea itu dari beg, Rin segera mencucuk straw. Perjalanan balik dari pekan Miyama sebentar tadi pun memakan masa. Minumannya pasti sudah tawar dek ais yang mencair.
Rasa manis yang menyapa lidah membuatkan dia terperanjat kehairanan.
“Mm!” satu tangan dibawa ke mulut.
Barulah dia perasan ada sihir memanipulasi masa yang telah ditempel di gelas plastik tersebut.
Notes:
so at this point you know Emiya Shiro Archer is "Eariq Shiraz" in this au
Rin calling him Shiraz instead of Archer is fully intentional from her part because she felt like they're not close friends anymore, even tho she was the one who gave him that famous nickname. They were so close back then, but then Kuromiya (yes that EMIYA from First Order movie) pulled some shit that made them drifted apart.
Oh I spoke too much~ you'll find out later in another au where they're still in high school
Chapter Text
Archer memberi salam, sebelum menutup dan mengunci pintu depan. Dia sempat menangkap kelibat rambut merah Shiro yang mengintainya dari koridor depan sebelum menghilang. Sayup-sayup terdengar suara dari ruang tamu. Ni mesti Kuromiya dah ready nak soal siasat kat situ. Pastu saja suruh Shiro jadi mata-mata dia.
Archer tiada mood nak bercakap buat masa sekarang, jadi dia membelok ke ruang kaki lima menghadap taman bunga. Lepak sekejap kat situ sambil minum kopi dan hilangkan pedih di hati.
Tujuh tahun mereka tidak berjumpa. Biasalah kalau dah habis sekolah menengah ni. Dah makin jarang jumpa kawan-kawan. Tambah pula Rin belajar di London, membawa Shiro bersamanya. Memang tak berjumpalah, dengan jarak beratus-ratus kilometer. Sini siang, sana malam. Sana panas, sini hujan.
Tujuh tahun bukanlah masa yang singkat. Macam-macam boleh terjadi. Macam-macam boleh berubah. Stail ikat dua yang selalu didandankan oleh Rin sudah berubah, dibiarkan mengurai melepasi bahu. Begitu juga dengan reben hitam yang sering dikenakan dulu. Agaknya ke mana sudah perginya.
Rin makin cantik.
Dan makin dingin.
Bunyi pintu kayu mahogani yang ditutup rapat masih basah di belakang telinganya. Archer faham. Siapa je tak terkejut kalau terjumpa dengan orang yang dikenali dengan cara begini? Lagi-lagi orang tu yang kau pernah ada kisah silam bersama. Pahit pula tu.
Archer menghirup kopi Americanonya perlahan. Mantera pemanas yang masih melekat di minuman tersebut dibiarkan. Dia tidak berniat mahu melepaskannya dan memilih untuk membiarkan ia hilang sendiri.
“Long,” Kuromiya memanggil dari belakang.
Datang tak dijemput. Archer pura-pura tak dengar.
“Bang long~” kali ini makin ditekan, siap mendayu pula tu.
Archer menghirup kopinya dengan lebih kuat.
Eariq Syiddiq memutuskan untuk pergi dan duduk di sebelah abang kembarnya tersebut. Tahu dah abang long sorang ni memang takde mood nak bercakap dengan sesiapa kalau dia sudah mula mengasingkan diri di sini dan termenung melihat deretan pokok-pokok bunga raja deli di laman rumah.
“Layulah bunga-bunga tu kalau dok tenung gitu,” katanya dengan nada separuh menyakat.
“Kau nak apa?”
“Takde apa.”
Right. Takde apa konon. Archer hampir tersenyum mengejek.
“Shiro mana?” soalnya.
“Kitchen, tengah buat puding.”
“Oh.”
“Sedap ke? Nak rasa sikit.” Tanpa segan silu Kuromiya menyua tangan, mahu merasa kopi tersebut. Archer menyodorkan minuman itu ke arahnya.
Dia perasan ada mantera yang masih melekat di cawan tu, tapi Kuromiya mendiamkan diri. Diminumnya sekali teguk.
“Long,” Kuromiya mengecap bibir. “Kau buat sendiri lagi sedap kot. Dia pakai air apa ni? Ni air suling ni.”
“Kopi habis. Aku pula nak try order pakai Grab.” Mana la tau satu hari dia kena pakai aplikasi tersebut untuk memesan sesuatu. Best oo, bukan takat makan dan minum, beli barang kat kedai pun boleh order dari situ.
“Lah, habis?” Ingatkan masih ada dalam balang kaca. Altemiya kot yang habiskan. “Tak bagitau awal-awal. Petang nantilah pergi beli.”
Archer mengangguk.
Kedua-dua kembar tersebut duduk dalam senyap. Kopi tersebut dibiar sebentar, terletak elok di antara mereka. Kuromiya berdehem ringan, menyusun kata dengan teratur di hujung lidah sebelum dilontarkan keluar. Karang tak pasal-pasal kena hempuk pula.
“Dia datang tak, tadi?”
Notes:
Kuromiya jenis busy body sikit.
Yes he has dark vein-like scar on his face and his left arm. He's similar to Archer. The difference is he wears his hair down.
Chapter Text
“Siapa?” Archer membalas soalan dengan soalan.
Siapa lagi? Kuromiya memutar bola matanya malas. Sudah lali, sudah hafal dengan taktik kembarnya yang handal mengelak. Memang nak kena eja satu-satu dulu sebelum Archer mengambil kesempatan dan mula melancarkan serangan balas sarkasme nan ironis. Si bongsu Shiro sering menjadi mangsa Archer.
“Rin,” kata Kuromiya, sebelum menaikkan suara. “RIN. RIN DATANG TAK TADI?”
“Shh!” Archer menoleh ke belakang, risau kalau Shiro tengah lalu-lalang sebelum mencuba menutup mulut Kuromiya. “Tak payahlah kuat sangat-!”
Kuromiya menepis sebelum mengunci pergelangan tangan Archer dalam genggaman erat. “Biar. Biar satu taman ni tau,” sindirnya.
“Kau rasa? Macam mana aku boleh dapat balik kopi aku?” ujar Archer. Sebuah pergelutan kecil mula berlaku di antara mereka.
“Kot abang gi pecah masuk rumah dia ke,” Kuromiya sengih sambil menahan dorongan Archer. “Macam tak biasa.”
Kalau betul dia pecah masuk rumah Rin, dah lama dia kena tembak dari jauh. Rin tu diam-diam dia, Gandr dia padu. Lagi-lagi kalau dia tengah marah. Kena tepi-tepi sikit, hilang segala bulu-bulu halus. Berdesing telinga. Dia tak ready lagi nak jadi almarhum.
“Memandai kau. Muka aku muka penjahat ke?” Ditekannya lagi sampai adik kembarnya terbaring di lantai.
“Tak, tak. Muka abang muka orang baik. Orang soleh. Long- kopi tu- long! Tumpah karang.”
“Lepas dulu.”
“Eh kau la dulu. Kau yang mula.”
“Sebab kau tak pandai diam.”
“On three?” cadang Kuromiya.
Archer mengangguk. “Three.”
“Two.”
“One.”
Genggaman masing-masing dilepaskan serta-merta. Kuromiya terbaring di atas beranda tersebut. Kakinya disilangkan agar lebih selesa. Angin tengah hari ni agak sepoi-sepoi, best juga lepak sini lama sikit. Archer kembali duduk bersila, menghabiskan kopi yang berbaki setengah.
“Korang ada cerita apa-apa ke?”
“Takde apa nak cerita.”
Kuromiya menarik muka. “Serious aa. Lima? Tujuh? Tujuh tahun kot korang tak berjumpa.”
Archer mengeluh. Riak muka Rin apabila dia menyedari bahawa dialah Archer E. yang memesan secawan kopi Americano dimainkan semula. Kau tak boleh faked that kind of expression.
“Betul. Kitorang tak bercakap sangat... aku rasa dia pun dah lupa.”
“Huh?”
“Dia terkejut aku ada kat situ. Memang nampak sangat dia tak tahu kopi tu aku punya. Padahal,” diangkatnya cawan plastik tu, mempamerkan nickname-nya yang tercoret kemas dengan marker hitam, “nama ni ada kat cawan tu.”
“Okey…” sambung Kuromiya. “Lepastu?”
“Rin panggil aku Shiraz.”
Kuromiya menyerkup mulut.
“Along…”
“Jap, aku rasa aku nak migraine.”
“Hotak kau migraine. Long. Ni bukan takat level friend zone dah. Ni dah level lain.”
Archer diam seketika. Tak tahu nak cakap apa.
“Level stranger yang takat tahu nama dan muka. Datang hi hi pergi bye bye,” ujarnya. “Padahal dulu… korang bukan main rapat lagi.”
Ingin saja dia menggenggam bibir si dek long tu bagi dia diam kejap.
“Lepas tu? Takkan tu je?”
“... aku cakap kat dia, aku nak hantar dia balik.”
“Oh? Dia okeylah?”
Archer menaikkan bahu dengan gesture tangan yang nol makna. “Pastu aku hantar la Rin balik. Dia dah balik, aku pun balik la. Dah. Tamat.”
Archer memusingkan muka, mahu tahu reaksi Kuromiya. Kuromiya memandang kembali abang kembarnya dengan pandangan sipi-sipi, seolah menantikan lebih dari cerita itu. Tapi memang itu sahajalah. Tamat. Habis. Dah boleh tepuk dah. Archer kembali membuang pandangan ke laman rumah, fikirannya mula menerawang jauh. Arahnya cuma satu, iaitu memainkan semula detik pertemuan mereka dan beberapa senario what-ifs.
Melihat si sulung kembali tenggelam dalam kurungan nostalgia, Kuromiya menghela nafas ringan. Biarlah dia dengan isi kepalanya. Jujur dia pun tidak tahu macam mana hendak menolong saudara sedarahnya tersebut.
Bahagiannya sudah lama langsai. Segalanya terserah kepada mereka berdua. Tetapi dari apa yang dia tahu tentang Archer dan Rin, memang dua-dua ini kepala batu!
Notes:
reposted because i added some stuff. tak puas hati sikit but eh its okay it doesn't need to be perfect.
Chapter Text
“Ikan tenggiri,”
“Lagi?”
“Kucai,”
“Lagi?”
“Telur!”
“... kan adik beli yang sepapan besar awal minggu haritu. Dah habis?”
“Habis dah.”
Shiro mengerutkan dahi sambil memandang si dek long yang bertenggek dagu di bahunya. “Korang telan ke semua telur-telur tu??”
“Cer tanya angah,” kata Kuromiya.
Altemiya menggaru dahi. “Aku buat kek haritu. Bantat pula, jadi terpaksa buat lagi sebiji.”
Shiro mencebik bibirnya malas. Telur sepapan besar ditambahkan ke dalam senarai.
Ketiga-tiga adik-beradik Eariq sedang berdiri di luar rumah kediaman mereka, menunggu si Eariq sulung untuk bersiap untuk berangkat ke Miyama supermart. Setelah mengetahui kopi sudah habis, pasangan kembar tersebut mula memeriksa isi dapur rumah. Banyak yang dah habis atau telah mencapai tamat tarikh luput. Archer membuat kesimpulan yang Illyasviel berkemungkinan ada melawat kediaman tersebut dari semasa ke semasa. Kalau kak Taiga alamatnya berlonggoklah sampah di rumah tersebut.
Mula-mula cuma mereka sahaja yang berniat mahu pergi, namun Shiro memutuskan untuk ikut. Kemudian Altemiya pula bercadang mahu turut serta.
Archer keluar sambil membetulkan kasut. Kerutnya nampak mendalam dari biasa.
“Lamanya. Tukar spender ke? Macam pompuan,” Kuromiya mengusik.
“Tak, aku cari beg. Mana beg shopping banyak-banyak dalam kabinet tepi pintu tu?”
Altemiya, Shiro dan Kuromiya mengangkat segulung beg shopping di tangan masing-masing secara serentak.
“Tu je??”
Shiro mengangguk. “Kami tak jumpa beg-beg yang lain.”
Altemiya mencelah. “Yang lain kena buang kot.”
Si angah membuka lipatan beg tersebut dan menggoncang keluar bangkai-bangkai semut ke tanah. Archer menggaru belakang leher. Betullah, fikirnya. Mungkin dah kena buang. Sayangnya.
“Sayangnya,” kata si dek long, menggaung kata monolog Archer. “Habislah. Nak kena cek kabinet-kabinet depan pintu tu lepas ni. Tau-tau bersarang beranak masa kita takde.”
“Ya,” Shiro mengangguk. “Ni je ke yang nak dibeli? Ke ada lagi yang dah habis?”
“Tengok senarai tu jap,” pinta Archer.
__
Meskipun sudah memiliki senarai keperluan barang dapur yang lengkap, adik-beradik tersebut meninjau-ninjau ke aisle yang lain. Kot ada yang nak dibeli tapi terlupa dimasukkan dalam senarai.
“Uwau,”
Komen si angah membuatkan mereka terhenti di tengah-tengah supermart tersebut. Tiga pasang mata melihat ke arah mata Kuromiya sedang memandang.
“Uwau,” Shiro mengajuk.
“Dah ada restoran situ eh,” Kuromiya menyambung, kemudian memusingkan badan meninggalkan adik-beradik yang lain untuk mencari bahan-bahan dapur di lorong seterusnya. Melihatkan tiada apa yang terlalu menarik perhatian melainkan kemunculan kiosk makanan segera dan ianya hanyalah Kuromiya yang saja menyampaikan pemerhatian rawak, mereka mengikut jejak si angah.
“Uwau,” Kuromiya sekali lagi membuat bunyi yang sama. Langkahnya jeda di hadapan aisle tersebut.
Shirou sekali lagi meniru bunyi abangnya. “Uwauuu.”
“Semua dah ada ni. Jomlah gi bayar.” Archer mengangkat muka dari telefon bimbit dan bertanya, “Ada apa lagi?”
“Rin.”
“Oh.”
“Ada Rinlah!”
SEKEJAP.
Archer mengintai sejenak untuk melihat apakah benar perempuan tersebut berada di situ atau ini hanyalah salah satu permainan Kuromiya untuk membuatnya mengeluarkan reaksi.
Rin, berambut hitam tidak berikat lepas bahu dan mengenakan kot merah. Elok berdiri depan rak, sedang berjengket untuk mengambil sesuatu.
Dengan refleks sepantas helang lapar menyambar seekor ayam, Archer menangkap tangan Kuromiya yang baru sahaja diangkat untuk melambai dan ditariknya tubuh kembarnya ke tepi dengan kasar. Pedulilah kalau cedera ke apa, padan muka dia. Kuromiya cuba melepaskan pegangan Archer, namun dibalas dengan tarikan yang memaksa tubuh atasnya untuk condong ke hadapan. Lengan Archer dilingkarkan ke kepalanya dari belakang untuk mengunci pergerakan Kuromiya.
Shiro kaku di tempat menyaksikan kejadian tersebut berlaku di hadapan mata.
“BANG LONG! Apahal ni-?!” Shiro menegur si abang sulung dengan cemas. Mata-mata pengunjung lain mula memerhatikan mereka dari kedudukan masing-masing sambil memegang barang dapur mereka. Altemiya juga sekadar berdiri di situ, memerhatikan senario yang sedang terungkap.
“Bodooohhh kenapa kau panggil dia??” Archer berbisik kuat dengan nada separa marah.
“Apa? Salah ke aku panggil dia??” Kuromiya masih mencuba melepaskan diri dari perangkap khas Archer tersebut. “Lepaslah babi!”
Rusuhan tersebut membuatkan mereka terpusing-pusing dalam satu bulatan. Altemiya menekan aplikasi kamera dari lock screennya untuk merekod situasi tersebut. Dilihatnya Rin sudah menoleh dan perasan akan kehadirannya. Dia tidak bereaksi apabila Rin menuju ke arah mereka. Lagaknya memang mahu mengetahui apa yang terjadi selepas ini.
Shiro menolak bakul membeli-belah kepada Altemiya untuk meleraikan pergaduhan tersebut. Kang bertumbuk lak tak pasal-pasal kena halau keluar supermart. Sia-sia je datang.
“Dah, dah la tu,” Shiro menarik lengan baju Archer. “Orang tengok tu. Malulah sikit.”
“Hai, Syaqir!”
“Hey.”
__
Siapa punya idealah nak letak botol kaca di kedudukan yang tinggi di atas rak begini? Rin sempat mengomel dalam hati. Badannya dipanjangkan dan kaki kiri diangkat setinggi boleh. Sikit lagi, sikit lagi! Rin pasti boleh!
Sejurus saja hujung jarinya menyentuh botol kicap manis tersebut, Rin menariknya ke bawah dan disambutnya dengan cekap. Kicap manis, secured! Gembiranya bukan main. Dapatlah dia masak ayam masak halia malam ni.
Rin terhenti seketika apabila melihat bayangan yang tersangatlah familiar di hujung aisle. Itu bukan ke-
Bukan. Rin mengedip mata bundarnya beberapa kali. Bukan, bukan. Dia hampir salah orang. Itu Eariq Syaqir, bukan abangnya. Penampilannya hampir mahu menyamai Archer melalui caranya berdiri tegak, tapi yang membezakan adalah potongan rambut. Gaya buzz cut tersebut memang sinonim dengan si angah dari dulu. Ikon zaman dorang sekolah menengah kot si angah ni. Tak leh lawan style dia walaupun dulu sempat kena cop budak juvana yang terlepas dari Henry Gurney.
Mata mereka bertemu. Kencana bertemu nila buat seketika, tapi cukup untuk memberitahu Rin bahawa familiarity antara mereka masih ada meskipun sudah tidak bertemu bertahun-tahun.
Notes:
Anyone knows lagu Henry Gurney? Sing it with me!
Di penghuni Henry Gurney, sekolah kami seperti penjaraaa, diawasi oleh warden, kalau lari sia2 saja!
Resurgam nama diberi, slogan kata sekolah kamiii, lambang burung dibakar apiii, sudah mati hidup kembaliii
Oh tuhan, ampunilah dosaku ini. Oh tuhannn ampunilah dosaku iniii~
Chapter Text
Rin menuju ke arahnya untuk bertegur sapa. Dah lama tak jumpa Emiya lagi sorang ni, macam rindu pula. Apa agaknya khabar yang kembar lagi sorang tu eh.
“Hai, Syaqir!”
“Hey.”
“Sorang je- oh!”
Dilihatnya Archer sedang mengunci kepala Kuromiya dalam posisi yang mirip dengan gerakan sumo ke-lapan belas (jangan tanya macam mana Rin boleh ingat). Kuromiya pula cuba untuk mencapai kepalanya, memang sah berniat mahu membalas dengan menarik rambut si abang long. Shiro pula berusaha untuk memisahkan kembar tersebut. Suatu senario yang berada di luar jangkaan Rin, tetapi ianya tidak sedikit pun mengejutkan gadis tersebut. Apa nak hairan? The Emiyas have always been a peculiar bunch sejak zaman sekolah.
Sapaannya meredakan situasi tersebut dari meledak luar kawalan. Shiro menoleh.
“Aa- oh. Tohsaka!”
Rin tersenyum manis ke arah Shiro.
Archer ikut memusingkan tubuh, mendesak Kuromiya untuk ikut bergerak ke arah yang dituju untuk mengelak risiko terkehel buku lali. Archer cepat-cepat melepaskan buah kuncinya. Kuromiya, bebas dari genggaman besi tersebut, membalas dendam dengan menampar belakang kepala Archer dengan kuat.
“Rin,” tegur Archer.
Rin buat tidak dengar.
“Saya ingat awak sorang je,” Rin berkata kepada Altemiya. Altemiya menggeleng sambil tersenyum simpul.
“Datang serombongan ni la,”
Kuromiya memberi mock salute. “Hai, Rin!”
“Hai, dek long,” Rin membalas dengan lambaian singkat.
Kuromiya buat tidak peduli dengan pandangan-pandangan bertanda soal yang dilontarkan oleh adik-beradiknya. Diberinya gadis itu senyuman manis khas ikhlas dari hati. “Sorang je Rin?”
“Eh, tak. Saya ke sini dengan Sakura. Dia kat belakang situ.” Jari telunjuknya mengarah ke bahagian barisan peti sejuk yang menempatkan bahagian minuman. “Awak datang ramai-ramai ni… ada plan nak buat dinner kat rumah ke?” soalnya sambil menunjuk pula ke arah bakul yang dituntun oleh Altemiya.
“Ye ke?” Altemiya melihat pula ke adik-beradiknya.
Mendengar kata-kata tersebut, laju sahaja otak Shiro menyusun rancangan. Peluang yang tidak disangka-sangka muncul pula di hadapan mata! Apa lagi, Shiro terus menggenggamnya kemas-kemas di dalam tangan.
“Ada!” kata Shiro, memalsukan enthusiasm dalam suaranya. “Kitorang memang plan nak buat masak-masak malam ni. Kalau awak free, datanglah ke rumah dalam pukul tujuh gitu."
Dalam masa yang sama Shiro melontarkan sebuah pandangan terselit seribu makna ke arah Kuromiya. Menyedari apa yang si adik cuba lakukan, Kuromiya menyambung pula.
“Jomlah, Rin. Dah lama tak pulang kot, tak rindu ke masakan sini? Nanti tak sempat merasa pula. Betul tak, long?”
Archer dikejutkan pula dengan soalan cepumas yang ditembak kepadanya tanpa khabar. Kuromiya melihat tepat ke mata Archer dengan pandangan yang membulat.
Ya. Kuromiya mengerutkan kening, mengisyaratkan (dibaca: memaksa) Archer untuk menjawab segera. YA! Cakap cepat!
Archer mengangguk tak pasti. Dia masih ragu-ragu dengan apa yang Kuromiya cuba lakukan. “Aa- a’ah. Ya. Malam ni.”
Dirasakan suaranya terdengar tidak yakin, dia cuba menambah, “Kalau nak. Datanglah.”
Rin memikir sejenak. Dia sendiri sudah ada rancangan malam ni. Rin jarang merasa rajin mahu memasak untuk dirinya sendiri. Dia tinggal seorang diri, jadi biasanya dia masak ala kadar, sesuai dengan kuantiti diperlukan untuk perutnya seorang. Dah kenyang, cukuplah. Tapi ada benarnya kata-kata Kuromiya. Sudah lama dia tidak balik ke Fuyuki. Jauh dalam hatinya, dia rindu mahu bertandang ke rumah Eariq untuk menjamu selera.
Mata birunya menyorot ke wajah Archer, yang memandangnya dengan lembut.
Patutkah dia…?
__
“Semuanya RM235.90.”
“PayWave, ya.”
Tit! Bunyi bayaran masuk dari card machine holder menandakan bayaran sudah dilangsaikan. Adik-beradik Eariq tersebut segera memasukkan barangan dapur ke dalam beg masing-masing dengan pantas.
“Korang pandai-pandai je,” Archer memulakan topik, masih tidak puas hati dengan hal tadi. Tiba-tiba pula boleh tukar plan last minute nak beli barang dapur untuk dinner besar malam ni? Bukan dorang datang ni sebab nak beli lima bahan je ke?
Si dek long mengeluh, tangannya menyusun tin-tin makanan dengan cermat. “Nak tunggu kau alamatnya sampai kiamatlah. Lepas tu baru nak menyesal.”
Altemiya diam sahaja sambil mendengar abang-abang berdebat. Setelah siap memenuhkan ruang dalam begnya, dia mengandarkan beg tersebut di belakang bahu. Menunggu adik-beradik lain untuk selesai.
“Aku tak kisah, tapi kot ye pun, bincang la dulu awal-awal ngan aku. Aku tak sedia lagi,” Archer membalas, pandangannya menusuk ke arah Shiro yang berdiri sebelah Kuromiya. Shiro memalingkan muka ke tempat lain untuk memutar bola mata malas.
“Eh, excuse,” Kuromiya membuat pembelaan. “Kau tak yah nak marah adik, eh? Tak payah. Lagipun, cuba fikir dulu. Ni first time kita dapat cuti sem sama-sama tau? Kitorang buat ni bukan sebab kau dan Rin je, kitorang buat ni sebab, ye la. Dah lama kita tak makan sama-sama.” Kuromiya menoleh ke Altemiya. “Ye dok?”
Altemiya mengangguk.
“Ha!” Kuromiya tersenyum puas. “Rin pun cakap dia akan datang. Dah cukup bertuah dah tu, long. Syukurlah.”
Archer mengeluh. Dia mencuri pandang di kaunter depan, di mana Rin dan Sakura sedang membayar barang pembelian mereka.
Ada betulnya juga. As much as he did not want to admit that Kuromiya was right, he had to give credit where credit is due.
“Satu lagi,” bisik Kuromiya. “Aku yang bayar tau.”
“Tsk- ye lah.”
“Dik, cepat sikit ye. Orang lain nak membayar juga,” tegur kakak cashier di hadapan mereka.
“Sorry kak!” Dengan pantas keempat-empat mereka membawa beg-beg mereka dan berjalan menuju ke pintu automatik.
Notes:
Edit: I have decided that Tokiomi is dead here. There's Kirei tho. Old fart still alive
Chapter Text
Selesai dengan pembelian mereka, Rin dan Sakura berjalan seiringan keluar dari kedai tersebut. Rin nak balik segera, nak rehat kat rumah. Sakura juga bercadang mahu balik ke rumah Rin terlebih dahulu; atau lebih tempat: rumah lamanya. Sudah bertahun-tahun mereka tidak bertemu sejak dipisahkan oleh ayah mereka. Jadi, Rin memulakan inisiatif, menghulur dedahan zaitun dengan menghubungi Sakura baru-baru ini. Nak spend time together. Nak shopping sama-sama. Layaknya sebagai kakak dan adik kandung yang berhak menyayangi sesama mereka.
Sakura menarik tangan Rin dengan lembut. Dibawanya ke tepi supermart.
“Kita asingkan siap-siap dulu,” katanya.
Beg shopping diturunkan dari genggaman. Melihat Sakura mula sibuk memeriksa dan menyusun barang, fikiran Rin melayang lima langkah ke belakang.
__
“Kalau nak, datanglah.”
Jemputan secara langsung dari Eariq Shiraz sendiri! Rin hampir melemparkan usikan berbaur sarkastik, tetapi kecanggungannya menghalang lidahnya dari berbuat demikian. Mulut Rin mengatup, tidak berkata apa-apa. Tetapi lirikan matanya ditujukan tepat ke arah lelaki itu. Biar betul dia ni.
Archer kelihatan bersahaja. Macam benda yang dituturkan sebentar tadi sudah biasa keluar dari mulut.
Very surprising.
Ajakan Shiro yang bersungguh-sungguh dan pelawaan terbuka dari Kuromiya membuatkan Rin berfikir tiga empat kali untuk menolak jemputan tersebut. Tapi dia berfikir juga lima enam kali untuk menerimanya.
Patutkah dia…?
Haruskah…??
“Uh…” hujung jarinya sudah mula bermain dengan rambut, mindanya ligat mahu cuba merespon dengan baik selayaknya seorang Tohsaka yang diwajibkan berpenampilan elegan sepanjang masa.
“Rin sibuk ke malam ni?” tanya Archer. “Kalau gitu, lain kali pun boleh.”
Tatapan lelaki tersebut dilembutkan lagi dengan bayangan halus sebuah senyuman. Senyum. Senyum kecil yang membayangi bibirnya secara halus.
Sungguh, sangat, memang tidak dijangka. Dia tengah mimpi ke? Ke salah tengok?
Rin terpana beberapa saat.
Penolakan yang hampir dia lafazkan Rin tolak ke belakang tekak dan digantikan dengan anggukan pantas.
“Saya okey je,” entah bagaimana, suaranya dapat keluar. “Nanti saya ajak Sakura sekali.”
Rin mula merasa pipinya mula merasa panas. Semuanya gara-gara senyuman tersebut. Tak aci la begini! Dipaling mukanya ke Shiro untuk menyelamatkan diri dari panahan pirau sang Adam di hadapan. Sengih separuh ikhlas ditarik paksa di bibir nipisnya.
“Awak tak kisah, kan? Sakura mesti nak ikut sekali.”
Maaf, Sakura!
Shiro mengangguk gembira. “Boleh je.”
—
“-kakak? Kakak!”
Lamunannya dimatikan apabila Rin merasa tubuhnya digoncang. Wajah risau Sakura kembali menerpa pandangan. Rin mengedipkan mata beberapa kali. Ah, dia mengelamun lagikah?
“Kakak?”
Sakura menyentuh dahi si sulung dengan belakang tangan. Suam-suam kuku. Rin langsung tidak menunjukkan tanda-tanda bahawa dia demam atau sakit, tetapi apabila tiada sahutan darinya setelah Sakura panggil berkali-kali, gelisah mula menyengat seperti gigitan nyamuk dalam dadanya.
Rin pandang Sakura secara langsung. Kemudian dia senyum.
“... akak okey ke?”
“Okey je.”
Melihat respon Rin sebegitu rupa, Sakura makin risau. Dia kena sampuk hantu ke? Siang-siang begini?
“Betul?”
“Ya.”
“Tak tipu?”
“Ya, Sakura,” katanya lagi, dengan suara yang perlahan. “Oh ya, saya hampir lupa. Shiro ajak makan malam kat rumah.”
“Shi- shiro? Abang Shiro?”
Giliran Rin pula yang memegang tubuh adiknya dengan senyuman segaris.
“Mhm, abang Shiro cakap bawa awak sekali. Nak pergi tak?”
Sakura yang sedikit tidak keruan dan merah, mengangguk perlahan. “N-nak. Tapi pukul berapa?”
“Sebelum pukul 7. Boleh?”
“Oh, boleh.”
Melihat reaksi adik perempuannya begini, Rin ingin sahaja menyakat Sakura puas-puas tetapi ditahan sahaja kerana kemahuannya untuk pulang cepat dan berehat menguasai segala-gala yang berada pada dirinya. Pelik juga sebenarnya. Mungkin sebab effect jet-lag tempoh hari? Tapi dah beberapa hari berlalu dan Rin sudah memastikan dirinya mendapat jam tidur yang cukup. Sepatutnya kesan jet-lag tu sudah menghilang. Adakah ini disebabkan oleh pertemuan kali kedua dengan Archer? Rin menghalang pemikirannya dari menerawang jauh tatkala soalan itu lahir dari ceruk kepala. Ditekannya perasaan itu dalam-dalam.
Okey. Dia penat ni. Tu yang fikir benda bukan-bukan.
“Kak,” bisik Sakura. Rin kembali memandangnya dengan penuh perhatian
“Ya?”
Sakura tidak menjawab, tetapi dia memberi isyarat mata bahawa ada seseorang sedang berdiri di belakangnya. Rin memusingkan kepala tanpa berfikir panjang.
Archer sedang berdiri di belakangnya.
Rin kembali memandang Sakura. Walaupun Rin tersenyum, Sakura dapat melihat Rin mula cemas.
“Tu abangnya abang Shiro, kan?”
“Mhm.”
“Sakura, kan?” Archer memulakan bicara. Rin menutup mata.
Apa lagi kau nak, Eariq Shiraz??
“Ye saya,” balas Sakura sambil tersenyum.
Dia tidak faham kenapa Rin membuat reaksi demikian, tapi ianya sangat jelas bahawa Rin sedang lari daripada Archer.
“Awak dan Rin dah nak balik ke?” soalnya lagi.
Sakura mengerling ke Rin sebelum menjawab. “Kejap lagi kitorang nak balik.”
Kesabarannya yang memang sudah tipis seperti tisu dibahagi dua sejak azali, kini semakin mengoyak dek dicurah perasaan tidak senang. Rin menarik nafas panjang, sebelum menghembuskannya dengan laju. Dia memutar arah, bertemu empat mata dengan Archer. Sang Adam tersebut lebih tinggi dari Rin. Walaupun dia sedang memakai kasut tumit tinggi, dia terpaksa mendongak.
“Kenapa ya, Shiraz? Saya ingat awak dah pulang dengan adik-adik awak.”
Archer menaikkan sebelah kening melihat tanggapan Rin yang jelas tidak mahukan keberadaannya di situ, sebelum mengundur selangkah. Kalau dia terkejut, memang langsung tidak nampak. Lelaki ni memang susah dibaca sejak dahulu, dan sang puan memang tiada mood hendak berteka-teki dengan cuaca petang yang agak panas sekarang.
“Takde apa. Saya cuma nak tanya kalau awak berdua dah nak balik.”
Rin menyilang kedua-dua lengannya. “Ya, kitorang nak balik rumah lepas ni. Sakura dah penat.”
Si adik sempat mengerling ke arahnya apabila namanya digunakan sebagai alasan. Sakura cuma mendiamkan diri, melihat adegan yang bermain di hadapannya.
Archer mengusap belakang leher, seolah-olah seperti memikir sesuatu. Kemudian, dia membuka mulut.
“Saya hantar awak berdua balik.”
—
Woah, okey. Okey.
Ini kali kedua Archer membuat pelawaan yang serupa. Kali pertama, Rin boleh terima lagi. Kali kedua… untuk apa?? Lagipun dia bukannya seorang diri kali ini. Sakura ada bersama-sama dengannya. Kalau ada penyangak entah dari mana tiba-tiba buang tabiat nak menyerang mereka berdua dalam perjalanan balik ke rumah, Rin tahu bagaimana hendak mempertahankan dirinya sendiri tanpa mengharapkan magis. Sakura juga tidak kalah hebat dalam mengendalikan skillnya sebagai seorang ahli magus.
Archer sepatutnya tahu benda ni. Tapi ya tak ya juga, dah lama mereka tak bersua muka jadi mungkin dia sudah lupa. Rasanya kalau Rin ketuk sikit kepala laki ni dia mungkin bakal ingat agaknya…
Rin perasan Shiro melambai ke arahnya. Dia berdiri jauh sedikit dari tempat mereka, bersama abang-abangnya si Kuromiya dan Altemiya. Shiro memberikan isyarat thumbs-up, sambil mengangguk. Di sebelahnya, Kuromiya merapatkan kedua-dua tapak tangan dan mengangkatnya ke atas. Seolah-olah mahu Rin mengiyakan tawaran Archer.
Ah, jadi dioranglah angkara semua ni?
Sakura menahan kuap. Bunyi tersebut sampai ke telinga Rin.
“Akak, abang Archer dah pelawa tu. Jomlah.”
“Ah-” Rin memandang ke arahnya. “Sakura dah nak balik ke?”
“Dah nak petang ni. Lagipun, diorang kan nak prepare dinner malam ni? Karang tak sempat macam mana?”
“... betul juga. Nanti kita lambat datang pula,” ujar Rin. Sungguhpun berat hatinya untuk menerima ajakan lelaki tersebut, Rin harus menjadi seorang kakak yang baik dan memastikan Sakura mendapat rehat secukupnya.
Rin mengibas rambut hitamnyanya ke belakang dan memandang tepat ke anak mata Archer.
“Okey. Tapi kali ni je tau?”
Notes:
is there any way to eliminate tiredness from the body
not me starting a new fic Mulainya Musim Monsun before this fic is complete lmao. the idea was birthed in a discord chat and as i kept going it kept getting funnier so i was like, yeah i'm writing this down into a fic
Chapter 10: pujuk.
Notes:
(See the end of the chapter for notes.)
Chapter Text
“Cepatlah,” Archer menggesa tidak sabar. Selepas pertemuan tidak disangka-sangka dengan sang puan tersebut, lelaki itu cuma mahu balik rumah je sekarang ini.
“Eh kau, banyak bunyik lak. Kejaplah,” Kuromiya mencebik. “Sikit lagi ni. Assobar, assobar!”
“Assobar apa- assoBRU!”
Mereka menyinggah sebentar di tepi kedai kerana urusan mengemas dan mengelas barang ke dalam beg shopping belum selesai. Shiro dan Kuromiya duduk bertinggung untuk mempercepatkan proses. Nanti senang nak atur semuanya bila dah sampai rumah. Lepas tu boleh terus masak-masak!
Eariq Syaqir a.k.a Altemiya yang berdiri berhadapan dengan si abang sulung, dalam diam memerhatikan gerak tubuhnya. Kemudian dia mengerling ke arah pintu keluar supermart tersebut. Dua gadis itu sedang berjalan keluar sambil menjinjit beg plastik di tangan. Tidak lama kemudian, dilihat Sakura menarik tangan Rin ke tepi, sebelum mereka juga mula menyusun barang-barang yang baru sahaja dibeli.
Archer melihat ke arah Altemiya secara sekilas pandang. Si angah memberi isyarat untuk melihat ke belakang. Archer menoleh dengan pantas.
Archer mengerutkan kening ke arah Altemiya.
“Bang long dari tadi tak keruan semacam,” kata Altemiya. “Long okey tak ni?”
“Kau nak tanya apa sebenarnya?” potong Archer dengan nada rimas.
Altemiya hampir tergelak. “Rilek aa long.”
Pantang kena usik abang dia sorang ni. Terus naik hantu macam kucing yang tidak mahu dikacau. Bulu naik, telinga naik, kuku pun ikut keluar. Silap-silap dia tampar kau pakai tangan tu, lengkap dengan pakej kuku, sekali dengan tersangkut kat kulit. Peh, pedih mat!
“Don't you want to make a move or something?”
Kata-kata Altemiya seolah-olah membangkitkan sesuatu dalam diri Archer. Dengan gerakan yang disusun perlahan, dia menyerongkan kepalanya ke kiri dan memandang tepat ke arah anak mata emas Altemiya.
“Jangan sibuklah, ngah,” Archer merendahkan suaranya. “Aku tak tanya hal kau ngan Ruaidhri, kan?”
Mendengar bait-bait kata si Eariq sulung yang singkat namun terisi dengan sindiran yang menghiris halus serta diselipkan dengan makna tersirat, Altemiya sempat terpaku di tempat. Biarpun dia sedikit tinggi dari abang sulungnya, namun amarah yang dirasakan dari Archer membuatkan dia hampir menapak selangkah ke belakang. Giliran Altemiya pula mengerut. Dah kenapa nak marah? Altemiya cuma menyarankan kepadanya untuk buat sesuatu, melihat Archer seperti tengah menahan diri dari bergerak ke Tohsaka Rin. Tetapi dia tidak sangka abangnya bakal semarah itu hingga dia berani menyebut nama Berserker Cu tepat di depan mukanya. Bukannya dia tidak tahu itu luka yang tidak pernah sembuh dari lembaran tahun lama.
“Sorry,” tuturnya perlahan. Archer membuang pandang ke belakang.
“Alriiight!” Kuromiya berdiri dan menepuk tangan secara tiba-tiba, memutuskan ketegangan yang hampir menyesak di antara adik dan abang tersebut. “Siap!”
“Ingatkan kena tunggu sampai tahun depan,” usik Altemiya.
“Takpe aku tolong hantar surat kat uni korang, minta maaf sebab lambat masuk sebab aku ngan Shiro ada benda lagi mustahak nak kena urus,” katanya sambil menunjuk barang-barang dapur di tangan.
Dalam hatinya, Altemiya sedikit lega dengan kehadiran si dik long. Dia bukannya takut dengan abang sulungnya tu tetapi memang taklah dia nak balik rumah dengan bang long yang tiba-tiba marah tak tentu hala ni!
“Kalau dah habis, jomlah,” kata Archer. “Boleh kita start awal.”
“Aip, siapa cakap kau yang kena masak?” Kuromiya mengangkat kedua-dua tangan, sebelum menunjukkan ibu jari kepada dirinya. “Biar dik long masak.”
Ketiga-tiga Eariq automatik angkat satu kening.
“Kau sorang?” Archer menyoal.
Kuromiya mengarah satu ibu jari ke arah Shiro, yang kemudian menunjuk dirinya sendiri.
“Adik?”
“Ya, siapa lagi? Ni kan idea kita dua?”
Archer meraup wajahnya, merayu kesabaran dalam diam. Dengan nafas yang diatur sungguh-sungguh supaya emosinya tidak melonjak seperti tadi, dia mengeluh, “Idea apa lagi ni, ya rabbi~?”
Kuromiya tidak mengendahkannya. “Aku masak, kau lak gi hantar Rin balik.”
Tidak pernah Archer rasa nak tercabut ulu hati mendengar cadangan adik kembarnya tersebut.
“Kau ulang balik-”
Kuromiya memutar bola mata. Apa nak dramatik sangatlah kembarnya ni? Tetapi memang sejak kepulangan mereka benda-benda yang berlaku selepas itu boleh menyamai drama TV3 pukul 7 petang.
“Along gi hantar Rin dan Sakura pulang, boleh?” usulnya lagi, kali ini dengan nada yang terlebih sopan dengan nada suara yang tersangat lembut. “Aku ngan Shiro masak malam ni.”
Dia menunjuk ke Altemiya.
“Angah buat cupcake, boleh tak angah?”
Tak seriau dengan suara abangnya yang lunak manis semanis lima paket gula tuang dalam air Milo 3-in-1, si angah membuat thumbs-up tanda sebulat suara.
Archer makin fed-up, jujur.
“Ko dari tadi pandai-pandai nak buat itu nak buat ini- korang nak sangat ke aku berbaik semula ngan Rin?” Persetan dengan kata berlapik, lelaki itu terus ‘menembak’ tanpa segan-silu.
Kuromiya membidas kembali. “Ye, dah jelas kan? Kitorang ajak dia secara terbuka, datang ke rumah untuk makan malam, macam dulu-dulu kita selalu buat. Kenapa, rasa pelik? Aku tak rasa benda tu pelik. Pastu senang la korang dua bincang hal korang.”
“Tapi ada kau tanya kalau itu yang aku nak? Ada korang tanya kalau along dah bersedia nak bercakap dengan dia?” Archer menekan, dirinya enggan kalah. “Ke itu yang korang nak? Nak buat aku rasa bersalah supaya aku minta maaf ngan pompuan tu?”
Senyap menyapa suasana. Dua beradik kembar itu beradu pandangan mata; Archer yang penuh dengan konflik emosi, perisai mentalnya terurai sedikit demi sedikit, dan Kuromiya yang memandang kembali dengan penuh tenang, namun tautan antara keningnya ketat seolah menahan kata belakang lidah. Shiro memandang mereka berdua dengan perasaan khuatir. Bimbang kalau mereka bergaduh betul-betul kali ini. Jemarinya menggerenyet perlahan, sedia untuk menahan mereka kalau benar itu yang akan terjadi.
“‘Pompuan tu’ kawan baik kau yang kau pernah jaga dan pernah rapat dulu,” Kuromiya memula bicara dengan perlahan. “Ya. Memang aku nak korang berdua berbaik macam dulu. Aku tahu aku puncanya sampai korang bergaduh, tapi Rin terima maaf aku. Kau tahu, sampai sekarang kami rapat? Dok tiap minggu chat. Kalau Rin boleh maafkan aku, Rin boleh je maafkan kau. Tujuh tahun, long. Tujuh tahun tu bukan sekejap.”
Dia merapat selangkah, dua kembar itu masih bersua pandangan mata. “Tapi kenapa dia masih tak boleh maafkan kau sampai sekarang? Long sendiri tau kan.”
Archer meneguk air liur. Penumbuknya digenggam perlahan.
Kuromiya tiba-tiba tersengih perlahan sebelum ketawa terkikih. Dia menapak kembali ke belakang.
“Cakap je la long takut nak cakap ngan pompuan, kan senang?” Ditumbuk bahu abang kembarnya perlahan.
“Wh-” Archer tercengang dengan perubahan suasana yang berlaku dalam sedetik. Mood perbicaraan mereka tiba-tiba sahaja berubah dari tegang ke bercengkerama. Tak, apa yang penting sekarang-
“Eh- ye ke abang long penakut? Biar betul?” Kuromiya mula mengipas keadaan menjadi marak. Sengaja agar Archer termakan umpan. Sebab kalau ada satu perangai yang mereka kongsi bersama dari dulu: Archer dan Kuromiya pantang dicabar. Lagi-lagi kalau cabaran tu datang dari adik-beradik sendiri.
“Aku penakut? Kau memang tak sayang mulut eh,” si kembar sulung mencemuh. “Setakat nak cak- cakap, nak tanya dia, buat apa nak takut?”
“Ye la tu tak takut. Dah tu, tu ha,” Kuromiya memetik jari ke arah dua gadis yang masih berada di situ. “Takat modal air liur je senanglah cakap. Gi lah. Dorang dah nak jalan tu.
Archer memandang ke arah mereka, namun pandangannya masih jelas dengan perselisihan pendapat dalam hati. Si kembar bongsu menolaknya lambat-lambat.
“Boleh tu, long. Cakap je baik-baik, nak hantar balik je pun.”
Walaupun dia abang, kadangkala dia juga memerlukan teguran dan sentapan dari adik-adik kalau dia mula melencong dalam langkahnya dan menyimpang dalam gerak-gerinya. Walaupun dia lahir lebih awal, dia tetap manusia. Manusia yang tersalah kata dan ralat dalam aksinya. Manusia yang memerlukan panduan dan pembetulan agar dia tidak mati jiwa.
__
Shiro masih tercengang dengan apa yang baru dimainkan di hadapannya tadi. Mati-mati dia ingat kedua-dua kembar tersebut mahu bertarung secara terbuka. Dia menarik nafas lega seolah-olah dia baru sahaja melepasi halangan yang sukar.
“Apa yang baru jadi ni…?” kekeliruan mewarnai bicaranya.
“Entah.”
Shiro memandang Altemiya, yang melihat ke hadapan dengan pandangan yang kosong.
Ah, ada hati yang tersayat. Dan lukanya agak dalam.
Notes:
i swear i didn't intend to make archer hurt altemiya that way but stuff happened while i write
